Details

  • Laatst online: okt 18, 2022
  • Geslacht: Vrouw
  • Plaats:
  • Contribution Points: 0 LV0
  • Rollen:
  • toetreden op: april 7, 2020
Voltooid
Bad Buddy
3 mensen vonden deze beoordeling nuttig
jan 22, 2022
12 van 12
Voltooid 0
Geheel 10
Verhaal 9.5
Acting/Cast 10
Muziek 10
Rewatch Waarde 10

Siri yang sangat menyentuh!

Dah lama saya tidak melayan drama GMMTV sebenarnya. Saya lebih menggemari drama CH3.
Dari EP1, saya merasakan bahawa drama ini memang ringan dan saya agak curiga dengan keserasian OhmNanon. Ternyata sangat serasi. Ohmnanon memberikan kesemuanya untuk menghidupkan watak masing². Jalan cerita berbentuk Romcom sebegini berjaya membuat perasaan saya berkecamuk. Walaupun jalan cerita mudah, kita masih tertanya² apa akan berlaku selepas ini. Pengarah juga bijak memainkan perasaan penonton dgn previu EP. Setiap scene terakhir memberi kesan yang membuatkan kita terunggu² untuk tibanya hari Jumaat. Saya amat berpuas hati dengan siri ini dan akan ulang tonton kerana biasanya hanya lakorn CH3 yang dramatik sahaja yang membuat saya rasa macam².
Runut lagu pula membantu saya mengubat rindu sementara tibanya hari jumaat. Dah buat tiktok pun!
Tahniah kepada seluruh pasukan แค่เพื่อนกับเพื่อน. ผมรู้สึกพอใจจังเลยครับ. ตบมือดังๆครับ

Lees verder

Vond je deze recentie nuttig?
Voltooid
P.S. I Hate You
0 mensen vonden deze beoordeling nuttig
sep 27, 2022
18 van 18
Voltooid 0
Geheel 9.5
Verhaal 10
Acting/Cast 10
Muziek 8.0
Rewatch Waarde 10

Lakorn moden

Dari Ep1, tiada siapa yang jangkakan bahawa siri ini akan menjadi semakin gelap dan kucar kacir. Setiap watak mempunyai dorongan dan alasan masing² untuk membuat tindak balas dan keputusan.

Jalan cerita yang sangat menarik, penuh dengan adegan yang tidak dijangka! Setiap lakonan watak utama sangat meyakinkan dan hebat! Terutama sekali Pat. Aya Jan dan Fah juga tidak kurang hebatnya.

Cuma.. mengapa ada satu muzik tema? Boleh je selitkan beberapa lagi kot seperti siri F4.

Apa² pun, drama ini memang menggamit perasaan dan berkualiti!
Vond je deze recentie nuttig?
Voltooid
The Shipper
0 mensen vonden deze beoordeling nuttig
aug 10, 2020
12 van 12
Voltooid 0
Geheel 10
Verhaal 10
Acting/Cast 9.5
Muziek 10
Rewatch Waarde 8.5

Suka duka lawak tangisan dan jalan cerita yang mantap!

Ini adalah ulasan pertama saya.

Saya tonton drama ini kerana p’Jennie dan nong Ohm.

Pada awalnya, jalan cerita mudah untuk dihadam. Banyak unsur² fantasi yang lawak dan tak masuk akal tapi menghiburkan.

Yang pasti, mood penceritaan bertukar selepas beberapa episod, dimana Paan mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap Kim setelah penukaran tubuh.

Drama ini bukan sekadar berunsur BL, tetapi mempersembahkan cinta dalam pelbagai bentuk. Saya amat puas hati dengan siri The Shipper. Mengharapkan Musim ke 2!!!!

Ps. Suka sangat versi piano lagu แคร์ไกลไกล dan ฉันเป็นของเธอทุกวัน!! Berhantu!

Sila tonton!!

Lees verder

Vond je deze recentie nuttig?